|
♥ PERDANA MENTERI MALAYSIA ♥ Wednesday, 2 July 2014 - Permalink - 0 Comments
Perdana Menteri ialah menteri
yang paling kanan dalam kabinet,
sebahagian cabang eksekutif
dalam sistem berparlimen. Walaupun perdana menteri
biasanya merupakan ahli politik,
ini tidak semestinya.
Dalam banyak sistem, Perdana Menteri memilih serta
boleh memecat ahli-ahli kabinet, dan memperuntukkan jawatan kepada ahli-ahli
dalam Kerajaan. Dalam kebanyakan sistem, perdana menteri merupakan pengerusi
kabinet, tetapi dalam sebilangan sistem yang kecil, khususnya dalam sistem kerajaan separa presiden,
perdana menteri ialah pegawai yang dilantik untuk menguruskan perkhidmatan awam dan melaksanakan
arahan-arahan Presiden.
Dalam sistem-sistem parlimen
seperti sistem Westminster United Kingdom,
perdana menteri ialah ketua kerajaan, manakala ketua negara
(Raja,
Ratu, Presiden,
atau Gabenor Jeneral [de facto]) yang mungkin
secara rasmi merupakan ketua eksekutif memainkan peranan istiadat. Perdana
Menteri biasanya, tetapi bukan selalu, merupakan ahli parlimen dan dikehendaki memastikan
pelulusan rang undang-undang oleh badan perundangan.
Dalam sebilangan pemerintahan beraja, perdana menteri
juga mempunyai kuasa eksekutif (dikenali sebagai Prerogatif Diraja) yang terletak pada
takhta kerajaan oleh perlembagaan dan boleh dipergunakan oleh perdana menteri tanpa
kebenaran parlimen.
Selain daripada merupakan Ketua Kerajaan, perdana
menteri mungkin mempunyai peranan atau gelaran yang lain — umpamanya, Perdana
Menteri United Kingdom juga merupakan Lord Perbendaharaan Pertama.
[1]
Para perdana menteri juga boleh memegang jawatan menteri yang lain — umpamanya,
semasa Perang Dunia II,
Winston Churchill juga merupakan Menteri Pertahanan (walaupun tidak adanya Kementerian
Pertahanan ketika itu). Banyak Perdana Menteri Malaysia juga memegang jawatan
menteri yang lain, khususnya kementerian-kementerian yang penting seperti Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.
Sedangkan jawatan moden untuk Perdana Menteri
dikembangkan di United Kingdom, penggunaan pertama istilah Perdana Menteri atau
Premiere Minstre adalah oleh Kardinal Richelieu pada tahun 1624 ketika beliau
dilantik untuk mengetuai majlis diraja sebagai perdana menteri Perancis.
Secara amnya, Louis XIV dan keturunan-keturunannya
mengelakkan penggunaan gelaran ini untuk para ketua menteri. Istilah Perdana
Menteri dengan erti moden berasal daripada United Kingdom pada abad ke-18.
Sejak zaman pertengahan, Raja-raja England dan United Kingdom mempunyai
menteri-menteri yang baginda-baginda itu memberi kepercayaan khas dan dianggap
sebagai ketua kerajaan. Contoh-contohnya termasuk Thomas Cromwell
di bawah Henry VIII; William Cecil, Lord
Burghley di bawah Elizabeth I; Clarendon
di bawah Charles II; dan Godolphin
di bawah Ratu Anne. Menteri-menteri
ini memegang berbagai-bagai jawatan rasmi. Biasanya, jawatan itu hanya
digelarkan "Menteri", atau "Menteri Pertama", tetapi akhirnya,
gelarannya menjadi "Perdana Menteri".
Kuasa menteri-menteri itu bergantung pada
keseluruhannya kepada murah hati peribadi Raja-raja. Walaupun pengurusan
Parlimen merupakan salah satu kemahiran yang wajib dalam pemegangan jawatan
yang tinggi, para perdana menteri tidak bergantung kepada majoriti parlimen
untuk kuasa mereka. Walaupun Kabinet
wujud, semua ahli kabinet dilantik oleh Raja, dan Raja biasanya mempengerusikan
sidang-sidangnya. Jika Raja tidak suka akan menteri pertamanya, baginda boleh
memecatnya, atau lebih teruk lagi, menjalankan hukuman mati ke atasnya.
Cromwell dihukum mati dan Clarendon dibuang negeri ketika mereka disukai lagi
oleh Raja mereka. Raja-raja kekadang memisahkan kuasa antara dua atau lebih
menteri untuk mencegahkan seorang menteri menjadi terlalu kuat. Umpamanya, pada
lewat pemerintahaan Ratu Anne, dua orang menteri Tory, iaitu Harley dan St. John
berkongsi kuasa.
Titik peralihan dalam evolusi jawatan perdana menteri
datang dengan kemangkatan Ratu Anne pada tahun 1714, dan naik takhta George I. George
tidak tahu bertutur dalam bahasa Inggeris, dan menghabiskan banyak
masanya di dalam istana di Hannover, serta tidak mempunyai pengetahuan,
mahupun minat, dalam perincian-perincian kerajaan Inggeris. Dalam
keadaan-keadaan sebegini, tidak dapat dielakkan bahawa menteri pertama Raja
menjadi ketua kerajaan secara de facto. Menteri pertama ini ialah Robert Walpole, ahli politik Whig, yang memegang jawatan dari 1721 selama
21 tahun. Walphole mempengerusikan semua sidang Kabinet, melantik semua menteri
yang lain, dan mengetepikan naungan raja serta mengisikan Dewan Rakyat dengan penyokong-penyokongnya. Di
bawah Walpole, doktrin perpaduan Kabinet berkembang. Walpole menetapkan bahawa
tiada menteri selain daripada dirinya boleh mempunyai sebarang urusan peribadi
dengan Raja, dan juga ketika Kabinet bersetuju dengan sesuatu dasar, semua
menteri harus mempertahankanya di khalayak ramai atau meletakkan jawatan.
Sebagai Perdana Menteri yang kemudian, Lord Melbourne
berkata: "Tidaklah penting apa yang kita berkata, tuan-tuan, asalkan kita
semua berkata perkara yang sama."
Walpole selalu menafikan bahawa beliau adalah
"Perdana Menteri" dan pada sepanjang abad ke-18,
para ahli parlimen dan cendekiawan undang-undang meneruskan penafian terhadap
adanya sebarang jawatan ini dalam Perlembagaan. Gelaran ini dirujuk dalam
dokumen-dokumen kerajaan buat pertama kali semasa pentadbiran Benjamin Disraeli
tetapi tidak muncul dalam Susunan keutamaan British yang rasmi
sehingga 1905. George II dan George III berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk menuntut semula kuasa raja, tetapi kerumitan dan
belanja kerajaan yang semakin bertambah bermakna bahawa seorang menteri yang
dapat memperoleh kesetiaan ahli-ahli Dewan Rakyat semakin diperlukan. Tempoh
perjawatan Perdana Menteri Pitt Lebih Muda (1783-1801) pada tempoh
perang, bersama-sama dengan penyakit jiwa George III, mengukuhkan
kuasa jawatan ini. Menjelang pemerintahan Ratu Victoria, hakikat bahawa Perdana
Menteri merupakan pemerintah negara yang benar tidak boleh lagi dipertikaikan,
walaupun kuasanya selalu bergantung kepada sokongan majoriti dalam Dewan
Rakyat.
Dalam sejarah Peru, 13 orang
perdana menteri telah dibunuh oleh isteri mereka. Tekaan yang popular
menunjukkan bahawa pembunuhan-pembunuhan ini tertimbul daripada para perdana
menteri itu mempunyai hubungan luar nikah.
Martabat institusi-institusi British pada abad ke-19
dan pertumbuhan Empayar British memperlihatkan model kerajaan
berkabinet British, yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri, ditiru secara meluas
oleh kedua-dua negara-negara Eropah yang lain serta wilayah-wilayah jajahan
British ketika mengembangkan pemerintahan sendiri. Di sesetengah negara,
gelaran-gelaran alternatif seperti "Premier",
"Ketua Menteri", "Menteri Pertama Negara", "Presiden Majlis" atau "Kanselor" diterimaguna, tetapi asas-asas
jawatan itu adalah sama sahaja. Menjelang lewat abad ke-20,
kebanyakan negara-negara di seluruh dunia mempunyai seorang Perdana Menteri
atau menteri yang serupa yang memegang jawatan di bawah sistem negara Raja berperlembagaan atau presiden istiadat.
Kekecualian yang utama dalam sistem ini ialah Amerika Syarikat
dan republik-republik berpresiden Amerika Latin
yang mencontohi sistem Amerika Syarikat dalam pemberian kuasa eksekutif secara
langsung kepada Presidennya.
|